ASTAGFIRULLAH ALZIM... sedarlah wahai manusia. DUNIA ini hanya la sementara.. KEMBALI la ke jalan yang BENAR terutama pada manusia yang sudah terjebak dgn perkara-perkara maksiat..
ALLAH BERFIRMAN:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji (fahisyah)
dan satu jalan yang jahat (yang boleh membawa kerosakan)"
(al- israk: 32)
ALLAH menjelaskan tentang kejinya zina, yang mana "fahisyah" bermakna perbutan keji yang sudah mencapai tingkah yang tinggi dan diakui kekejiannya oleh setiap org yg berakal, bahkan oleh sebahagian banyak binatang.
dalam kitab sahih Imam Bukhari menyebutkan, daripada Amru bin Maimun al-Audi, beliau berkata, "aku pernah melihat - pada masa jahiliah - seekor kera jantan yang berzina dengan seekor kera betina, lalu datanglah kawanan kera mengerumuni mereka berdua dan melempari keduanya sampai mati". Dalam ayat tersebut juga Allah mengisytiharkan bahawa zina adalah seburuk-buruk jalan, ia adalah jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan didunia serta menempa seksaan dan azab di akhirat.
ALLAH BERFIRMAN:
"katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(An-Nur: 30)
ALLAH BERFIRMAN:
"Dan katakanlah( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nmpak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupi kain tudung (khumur) ke dada mereka ,dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau saudara-saudara mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahagiaan yang hakiki.""
(An-Nur: 31)
hayati lah ayat-ayat ini.. sesungguhnya kita manusia biase yang sering melakukan KESILAPAN dan sering melakukan DOSA.. CONCLUSION bg aku pabila hayati ayat-ayat ni.. sebenarnyer kite kene jaga adab kite sebagai seorang muslim tak kira la lelaki atau pon wanita.. ISLAM itu INDAH.. tidak terlarang kite hendak berCINTA.. tetapi jangan lah kite mencintai sesorang itu melebihi CINTA ALLAH!! sesungguhya Allah yang menemukan jodoh kite. kite hanya mampu iktiar untuk mencari yang terbaik. tetapi yang merancang segalanya adalah Allah S.W.T ....
BERCINTA boleh tetapi jgn lah melanggari perintah Allah semata-mata untuk menuruti pasangan kita (yang hanya berstatuskan COUPLE)
AKU BENAR-BENAR MENYINTAI MU.. AKU BENAR-BENAR MENYAYANGIMU, AKU TAKOT AKU TIDAK DAPAT MEMBERI APA-APA KEMAHUANMU, AKU TAKUT AKU TIDAK DAPAT MEMBERI KEYAKINAN CINTAKU PADAMU, AKU BETUL-BETUL MENYANYANGI MU TETAPI CINTAKU PADAMU TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA ILAHI !!! INSYAALLAH..